Wednesday 28 May 2014

Mangkatnya Sultan Azlan Shah

Marilah kita sama-sama sedehkan Al-Fatihah..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman

Counter Strike Portable

Ade sape minat war game kat sini..kalau ade sila angkat kaki..cehh lawak tak jadi..selalunyer war game ni kalau nak yang graphic yang cantik kene download kan macam CSO,BlackShot dan sebagainya..Kalau yang malas nak download pon boleh main...nah ambik ni

http://www.y8.com/games/csportable

hahaha kat y8..macam budak-budak kan..tapi cuba main dulu,,baru tahu betapa bestnya game ni
ni game nie punya gambar serta graphic.try la main..



Tuesday 27 May 2014

Buat biskut

Huh..lepas cari resepi try buat sendiri..Tapi lepas masuk dalam oven tak jadi biskut tapi jadi kek..whaaaaaa..nasib baik pandai deco cake tuh sikit..baru nampak sodap..ade lagi satu kek decide nak bagi mom lepas mom balik kerje tapi habis..saya yang makankan haha..sebab tak tahan sangat sodap walaupun kek tu pahit sikit..

kalau ade jual bende alah ni..perghhhh,,,

Futsal

Ni lambang futsal...saya tak ingat samaada abang atau saya sendiri yang buat..nak tengok..jappp.okey nahhhhh
cantik tak...sebenarnya ni untuk futsal milo hidup bola 2012 tapi team kitorang cancel sebab coach a.k.a ustaz ada exam..buat ni pakai photoshop jer..hahahhahaha

Failed Maths Lagi!!!!

hari ni 26/5/2014..result untuk maths dah keluar..excited sangaat..tapi malangnya saya failed lagi!!!!!!..sedihl a bro and sis hahahaha...hati dah tak keruan dah ni...help me..

Israk dan Mikraj

Hari ni 27/5/2014 tarikh israk Mikraj..Malas nak citer panjang-panjang..meh bace ni...

Israk MikrajIsrak Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.


Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj


Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.   
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. 


kredit to:http://ibuberbicara.blogspot.com/








First time

HYe...ni first time berblog..hahah..maklumlah sekolah lagi..